Wednesday, March 12, 2008

Isu DEB: Melayu sokong pembangkang perlu bertanggungjawab

Isu DEB: Melayu sokong pembangkang perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 11 Mac – Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR.

‘‘Kita tidak boleh salahkan kerajaan baru itu (DAP) kerana itu hak mereka yang tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan tetapi saya menyalahkan orang Melayu dalam Pas dan PKR.

‘‘Mereka mengkhianati perjuangan dan semangat DEB yang selama ini bertujuan membangunkan bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia.

‘‘Mereka kena jawab dengan orang Melayu lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai dasar DAP untuk Pulau Pinang yang diumumkan selepas Ketua Menterinya yang baru, Lim Guan Eng mengangkat sumpah hari ini.

DAP mahu melaksanakan polisi pentadbiran bebas daripada amalan DEB, selain turut menyokong pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda masing- masing.

Kerajaan Pulau Pinang juga akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil sebahagian keuntungan Petronas bagi membiayai sepenuhnya pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

Menurut Nazri, kerajaan DAP tidak akan terbentuk sekiranya ia tidak mendapat sokongan orang Melayu dalam kedua-dua parti pembangkang itu.

Mengenai kenyataan Guan Eng berhubung keuntungan Petronas, Mohamed Nazri berkata, DAP perlu mendapatkan persetujuan Perdana Menteri.

Ahli MT UMNO, Datuk Norraesah Mohamad pula berkata, beliau amat kesal kerana orang Melayu terutama golongan muda yang menyertai pembangkang tidak memahami tujuan sebenar DEB diwujudkan.

Katanya, DEB sebenarnya memberi peluang kepada orang Melayu untuk berada pada paras yang sama dengan kaum lain di negara ini.

Beliau berkata, ia sebenarnya asas kepada usaha untuk menghapuskan kemiskinan dan kebetulan ramai golongan miskin terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Menidakkan DEB adalah satu tindakan yang menyedihkan kerana ramai yang tidak faham fungsi sebenar dasar itu dan ia seringkali disalah erti sebagai memberi faedah kepada satu pihak sahaja,’’ katanya.

Sementara itu, Penasihat Parti Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik pula berkata, pentadbiran baru kerajaan Pulau Pinang berhak melaksanakan apa sahaja rancangan mereka.

Namun, katanya, Gerakan akan melihat sejauh mana apa yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan secara efisien dan praktikal.

‘‘Kita tengok sama ada mereka boleh buat, akan buat atau tidak buat. Sesiapa pun boleh cakap. Kita akan jadi pemerhati,’’ katanya.


****************************************************************************

'Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).'

Sigh... Still blaming others without self-justification.

  • Mereka mengkhianati perjuangan dan semangat DEB yang selama ini bertujuan membangunkan bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia.

  • Katanya, DEB sebenarnya memberi peluang kepada orang Melayu untuk berada pada paras yang sama dengan kaum lain di negara ini.


  • What the f*ck is this? Twisting the word within 1 second. Bodoh kononya.

    Btw, sorry to the blonde, you are not the stupidest in the world. Above person are.

    2 comments:

    Arni said...

    Aku rasa dah lama dah dasar ini di salah guna oleh mereka2 yg berkepentingan. Sekarang ni yg bagus kita buat dasar 'tolong orang miskin tak kira apa bangsa'.

    Also, selama Gerakan perintah Penang ni, 'pi mai pi mai tang tu jugak' orang melayu.. Mari kita tgk camner DAP nak ambik hati org Melayu pulaa..

    Pink Leo said...

    2 Arni: Hi 5!